Search This Blog

Tuesday, November 8, 2011


WARKAH DARI KAMAR JIHAD
                                                                                               Kampung Sungai Peria,
                                                                                               18000 Kuala Krai
                                                                                              Kelantan.
                                                                                               
                                                                                                12 JUN 2012
Sahabatku,
            Assalamualaikum. Bagaimana keadaan kamu di sana? Sihatkah atau sebaliknya. Dan bagaimana dengan pengajian kamu sahabat ku. Baikkah? Lancarkah atau sebaliknya. Aku berharap kau sentiasa baik sahaja di luar sana yang menjanji kebebasan sewajarnya dinikmati oleh setiap insan yang bergelar orang muda. Sebelum aku terus menukilkan secebis pengalaman di sini ingin aku memohon maaf jika lambat membalas surat mu yang sebelum ini. Sebenarnya sudah lama aku ingin membalas sarat kamu itu tetapi memandangkan banyak tugasan yang perlu aku jalankan tika ini menyebabkan hasrat itu terpaksa aku pendamkan.
Sahabatku,
            Tidak aku nafikan ketika ini aku bersama dengan rakan-rakan yang lain begitu penat sekali. Kadang-kadang tidak terdaya untuk aku meneruskan langkah kehidupan ini yang aku rasakan semakin kejam dan kelam. Seperti yang kamu ketahui mungkin keadaan di sini sangat pedih untuk dihadapi bagi insan biasa seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Walaupun kami telah dilatih dengan sewajibnya tetapi apabila berada dalam keadaan yang sebenar kami kadang-kadang mati punca dan tersekat akal dirasakan. Untuk pengetahuan sahabat ku, ketika ini keadaan kami sangat meruncing dan membimbangkan dengan banyak kekurangan dan kesusahan yang dihadapi oleh aku serta sahabat perjuang yang lain. Perkara itu sedikit sebanyak juga menyebabkan aku terpaksa menahannya dengan kecekalan hati dan titian semangat yang kadang-kadang aku sematkan dalam diri aku dan rakan-rakan yang lain.
Sahabatku,
            Seperti yang telah aku coretkan sebelum ini pasukan aku sebelum mengandungi 20 orang pejuang dan aku merupakan Penolong Ketua kepada pasukan ini yang berketuakan seorang Mejar sebagai pemimpin bagi pasukan ini. Tetapi 2 hari yang lepas Mejar tersebut yang aku panggil Mejar Rahmat atau nama panggilan kami di luar aku memanggilnya Pak Mat telah tercedera dalam misi yang kami jalankan. Oleh itu tika ini tugas sebagai pemimpin bagi pasukan ini terpaksa aku galas walaupun pengalaman aku masih di tahap yang baru dan mentah. Selain itu juga aku berasa kesian melihat Pak Rahmat yang terpaksa dihantar pulang ke kampung halaman dan mungkin beliau tidak dapat lagi menjalankan tugas-tugas di luar selepas ini. Risau juga aku memikirkan keadaan dia yang boleh aku sifatkan parah dan mungkin sebelah tangannya terpaksa dipotong akibat lengannya telah parah terus ketika pertempuran dalam misi tersebut.
Sahabatku,
            Untuk pengetahuan kamu ketika ini pasukan aku sebenarnya ditugaskan dalam misi khas yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kegagalan yang dicapai walaupun sedikit. Ketika ini pasukan aku telah ditugaskan untuk menyekat atau mensabotaj tentera pihak lawan yang ketika ini semakin kukuh dan kuat persiapan dan ancaman mereka. Ketika inilah pasukan yang aku ketuai ini berperanan untuk meletupkan jabatan, membakar gudang-gudang senjata atau makanan mereka serta berperanan sebagai perisik tidak rasmi ketika menjalankan tugas-tugas tersebut. Seperti yang sahabat tahu rata-rata umur ahli pasukan aku ni berada dalam lewat 20 an yang boleh dikatakan berada pada paras umur yang muda serta mentah dalam perkerjaan dan tugas yang sebegini. Oleh itu boleh dikatakan kebanyakan daripada kami hanya bersandarkan kepada semangat cintakan agama dan tanah air sahaja yang menjadi pelindung kekebalan kepada kami. Selain itu ditambah pula dengan kekurangan alatan senjata dan makanan menyebabkan kami semakin cekal dan tabah walaupun kadang-kadang putus asa adanya. Tetapi Allhamdullillah dengan berkat kesabaran dan kecekalan serta doa untuk memohon pelindungan daripada Allah S.W.T segala misi yang kami jalankan setakat ini masih lagi berjaya dan Insyaaalah untuk yang selanjutnya akan berjaya seperti yang terdahulu.
Temanku,
            Ketika ini berada dalam rimba sebegini juga kadang-kadang aku teringatkan akan kamu dan teman-teman sekampung yang lain. Aku masih ingat ketika dulu semasa zaman persekolahan walaupun aku bukan berasal daripada negara kamu tetapi aku dibenarkan bersekolah bersama-sama dengan kamu dan teman-teman yang lain. Bila teringatkan saat itu aku begitu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kamu kerana memberikan peluang untuk aku mengenal ABC serta dapat mengira dan membaca dengan betul. Tetapi kadang-kadang aku berasa sedih kerana tiba pada satu saat aku tidak boleh mengambil ujian UPSR kerana tidak mempunyai kerakyatan padahal ketika itu aku rasakan bahawa aku boleh cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Alangkah ruginya akukan. Namun begitu bagi aku tidaklah mematahkan semangat aku untuk terus belajar sahabat ku demi untuk diri aku pada masa hadapan.



Temanku,
            Bagaimana dengan rakan-rakan kampung kita yang lain? Sudah bekerjakah mereka atau sudah berkahwinkah mereka sekarang. Banyak kenangan bersama dengan kamu dan rakan-rakan semua. Masih aku ingat ketika dulu setiap hari Jumaat selepas sembahyang jumaat kita bersama mesti ke sungai bukan. Mandi manda serta berseronok ketika itu sudah menjadi kebiasaan amalan bagi kita semua bukan. Kadang-kadang ketika perjalanan balik dari sungai dengan motor kita akan berlumba bersama-sama bukan. Aku masih ingat ketika itu motor buruk ayah kamu lah yang menjadi mangsa kita bukan sampai kadang-kadang tergolek ke dalam semak akibat tidak cekap mengambil selokah tajamkan. Semua kenangan tu menjadi kenangan manis bagi aku ketika ini. Dengan keadaan aku seperti ini sekarang menyebabkan aku begitu merindukan zaman remaja dahulu. Rindukan kampung di tempat aku dibesarkan serta merindukan teman-teman dan saudara mara di sana. Begitu rindu sahabat ku.




Sahabatku,
            Tetapi walaubagaimanapun aku masih mempunyai tugas yang masih perlu aku jalankan ketika ini. Misi aku bersama dengan pasukan adalah ingin membebaskan Selatan Thailand tanah air aku ini sebagai tanah yang merdeka dan bebas daripada pemerintahan daripada pihak Thailand sahabat. Kerana aku percaya bahawa tanah tumpah darah ku ini merupakan tanah yang merdeka dan berupaya untuk menuntut sebuah pemerintahan tersendiri yang mengamalkan pemerintahan ISLAM. Doakan aku dan sahabat aku yang lain berjaya wahai teman ku. Doakan kami terus tabah dan cekal serta sentiasa bersemangat dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang kejam ini wahai sahabat.
Sahabatku,
            Sekian sahaja warkah yang dicoretkan ini agar dapat terus menjadi penjalinan silaturahim di antara kita. Doakan aku daripada daerah ISLAM yang bakal merdeka ini wahai sahabat ku. Semoga kamu baik-baik hendaknya disana. Assalamualaikum.

Sahabatmu,
­­­­­­­­­­­­­___________
(Wan Fikri)

No comments:

Post a Comment