WARKAH DARI KAMAR JIHAD
Kampung
Sungai Peria,
18000
Kuala Krai
Kelantan.
12
JUN 2012
Sahabatku,
Assalamualaikum. Bagaimana keadaan
kamu di sana? Sihatkah atau sebaliknya. Dan bagaimana dengan pengajian kamu
sahabat ku. Baikkah? Lancarkah atau sebaliknya. Aku berharap kau sentiasa baik
sahaja di luar sana yang menjanji kebebasan sewajarnya dinikmati oleh setiap
insan yang bergelar orang muda. Sebelum aku terus menukilkan secebis pengalaman
di sini ingin aku memohon maaf jika lambat membalas surat mu yang sebelum ini. Sebenarnya
sudah lama aku ingin membalas sarat kamu itu tetapi memandangkan banyak tugasan
yang perlu aku jalankan tika ini menyebabkan hasrat itu terpaksa aku pendamkan.
Sahabatku,
Tidak aku nafikan ketika ini aku
bersama dengan rakan-rakan yang lain begitu penat sekali. Kadang-kadang tidak
terdaya untuk aku meneruskan langkah kehidupan ini yang aku rasakan semakin
kejam dan kelam. Seperti yang kamu ketahui mungkin keadaan di sini sangat pedih
untuk dihadapi bagi insan biasa seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Walaupun
kami telah dilatih dengan sewajibnya tetapi apabila berada dalam keadaan yang
sebenar kami kadang-kadang mati punca dan tersekat akal dirasakan. Untuk
pengetahuan sahabat ku, ketika ini keadaan kami sangat meruncing dan
membimbangkan dengan banyak kekurangan dan kesusahan yang dihadapi oleh aku
serta sahabat perjuang yang lain. Perkara itu sedikit sebanyak juga menyebabkan
aku terpaksa menahannya dengan kecekalan hati dan titian semangat yang
kadang-kadang aku sematkan dalam diri aku dan rakan-rakan yang lain.
Sahabatku,
Seperti yang telah aku coretkan
sebelum ini pasukan aku sebelum mengandungi 20 orang pejuang dan aku merupakan
Penolong Ketua kepada pasukan ini yang berketuakan seorang Mejar sebagai
pemimpin bagi pasukan ini. Tetapi 2 hari yang lepas Mejar tersebut yang aku
panggil Mejar Rahmat atau nama panggilan kami di luar aku memanggilnya Pak Mat
telah tercedera dalam misi yang kami jalankan. Oleh itu tika ini tugas sebagai
pemimpin bagi pasukan ini terpaksa aku galas walaupun pengalaman aku masih di
tahap yang baru dan mentah. Selain itu juga aku berasa kesian melihat Pak
Rahmat yang terpaksa dihantar pulang ke kampung halaman dan mungkin beliau
tidak dapat lagi menjalankan tugas-tugas di luar selepas ini. Risau juga aku
memikirkan keadaan dia yang boleh aku sifatkan parah dan mungkin sebelah
tangannya terpaksa dipotong akibat lengannya telah parah terus ketika
pertempuran dalam misi tersebut.
Sahabatku,
Untuk pengetahuan kamu ketika ini
pasukan aku sebenarnya ditugaskan dalam misi khas yang perlu dilaksanakan
dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kegagalan yang dicapai walaupun sedikit. Ketika
ini pasukan aku telah ditugaskan untuk menyekat atau mensabotaj tentera pihak
lawan yang ketika ini semakin kukuh dan kuat persiapan dan ancaman mereka.
Ketika inilah pasukan yang aku ketuai ini berperanan untuk meletupkan jabatan,
membakar gudang-gudang senjata atau makanan mereka serta berperanan sebagai
perisik tidak rasmi ketika menjalankan tugas-tugas tersebut. Seperti yang
sahabat tahu rata-rata umur ahli pasukan aku ni berada dalam lewat 20 an yang
boleh dikatakan berada pada paras umur yang muda serta mentah dalam perkerjaan
dan tugas yang sebegini. Oleh itu boleh dikatakan kebanyakan daripada kami
hanya bersandarkan kepada semangat cintakan agama dan tanah air sahaja yang
menjadi pelindung kekebalan kepada kami. Selain itu ditambah pula dengan
kekurangan alatan senjata dan makanan menyebabkan kami semakin cekal dan tabah
walaupun kadang-kadang putus asa adanya. Tetapi Allhamdullillah dengan berkat kesabaran
dan kecekalan serta doa untuk memohon pelindungan daripada Allah S.W.T segala
misi yang kami jalankan setakat ini masih lagi berjaya dan Insyaaalah untuk
yang selanjutnya akan berjaya seperti yang terdahulu.
Temanku,
Ketika ini berada dalam rimba
sebegini juga kadang-kadang aku teringatkan akan kamu dan teman-teman sekampung
yang lain. Aku masih ingat ketika dulu semasa zaman persekolahan walaupun aku
bukan berasal daripada negara kamu tetapi aku dibenarkan bersekolah
bersama-sama dengan kamu dan teman-teman yang lain. Bila teringatkan saat itu
aku begitu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kamu kerana
memberikan peluang untuk aku mengenal ABC serta dapat mengira dan membaca
dengan betul. Tetapi kadang-kadang aku berasa sedih kerana tiba pada satu saat
aku tidak boleh mengambil ujian UPSR kerana tidak mempunyai kerakyatan padahal
ketika itu aku rasakan bahawa aku boleh cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Alangkah
ruginya akukan. Namun begitu bagi aku tidaklah mematahkan semangat aku untuk
terus belajar sahabat ku demi untuk diri aku pada masa hadapan.
Temanku,
Bagaimana dengan rakan-rakan kampung
kita yang lain? Sudah bekerjakah mereka atau sudah berkahwinkah mereka
sekarang. Banyak kenangan bersama dengan kamu dan rakan-rakan semua. Masih aku
ingat ketika dulu setiap hari Jumaat selepas sembahyang jumaat kita bersama
mesti ke sungai bukan. Mandi manda serta berseronok ketika itu sudah menjadi
kebiasaan amalan bagi kita semua bukan. Kadang-kadang ketika perjalanan balik
dari sungai dengan motor kita akan berlumba bersama-sama bukan. Aku masih ingat
ketika itu motor buruk ayah kamu lah yang menjadi mangsa kita bukan sampai
kadang-kadang tergolek ke dalam semak akibat tidak cekap mengambil selokah
tajamkan. Semua kenangan tu menjadi kenangan manis bagi aku ketika ini. Dengan
keadaan aku seperti ini sekarang menyebabkan aku begitu merindukan zaman remaja
dahulu. Rindukan kampung di tempat aku dibesarkan serta merindukan teman-teman
dan saudara mara di sana. Begitu rindu sahabat ku.

Sahabatku,
Tetapi walaubagaimanapun aku masih
mempunyai tugas yang masih perlu aku jalankan ketika ini. Misi aku bersama
dengan pasukan adalah ingin membebaskan Selatan Thailand tanah air aku ini
sebagai tanah yang merdeka dan bebas daripada pemerintahan daripada pihak
Thailand sahabat. Kerana aku percaya bahawa tanah tumpah darah ku ini merupakan
tanah yang merdeka dan berupaya untuk menuntut sebuah pemerintahan tersendiri
yang mengamalkan pemerintahan ISLAM. Doakan aku dan sahabat aku yang lain
berjaya wahai teman ku. Doakan kami terus tabah dan cekal serta sentiasa
bersemangat dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang kejam ini wahai sahabat.
Sahabatku,
Sekian sahaja warkah yang dicoretkan
ini agar dapat terus menjadi penjalinan silaturahim di antara kita. Doakan aku
daripada daerah ISLAM yang bakal merdeka ini wahai sahabat ku. Semoga kamu
baik-baik hendaknya disana. Assalamualaikum.
Sahabatmu,
___________
(Wan Fikri)









